Monday, March 15, 2010







Murid-murid terencat akal ialah murid-murid yang inteleknya berfungsi di bawah tahap murid normal. Keadaan ini juga wujud bersama-sama dengan kelemahan tingkahlaku adaptif murid tersebut iaitu kemahiran berkomunikasi, mengurus diri, social dan psikomotor yang dapat dilihat dalam proses perkembangan mereka.
Fungsi intelek biasanya diuji melalui kecerdasan (IQ Test). Di Amerika Syarikat, kanak-kanak terencat akal adalah kanak-kanak yang pencapaian ujian kecerdasannya di bawah 70.
Di antara sebab-sebab seorang kanak-kanak boleh mendapat terencat akal ialah:
 Genetik
 Masalah metabolik / hormon
 Janin diserang kuman
 Janin diserang toksin/racun, dadah, arak
 Masalah pembentukan otak – Malformation of the Central Nervous System
 Cedera otak semasa bersalin
 Radang otak – Meningitis, encephalitis
 Kemalangan / dera kanak-kanak
 Dilahirkan sebelum cukup bulan
Ciri-ciri yang jelas tentang kanak-kanak ini dapat dilihat dari segi perbezaan tahap mental murid dengan umur mereka. Lebih teruk keterencatan akal mereka maka lebih rendah tahap kematangan yang ditunjukkan berbanding dengan umur sebenar kanak-kanak.




PERKEMBANGAN LEWAT

Murid-murid ini pencapaian ujian kecerdasan mereka lebih sedikit daripada murid-murid terencat akal tetapi jika dibandingkan dengan murid sederhana tahap kecerdasannya agak lambat dalam memahami konsep-konsep baru. Istilah ini juga biasanya dimaksudkan sebagai tingkahlaku / motivasi lemah.



Kanak-kanak normal mempunyai 23 pasang kromosam yang berpadanan dalam setiap sel. Kanak-kanak Sindrom Down sebaliknya mempunyai kromosam tambahan ke-21. Diagnosis Sindrom Down biasanya dilakukan sebaik selepas mereka dilahirkan yang selalunya dikaitkan dengan wajah mereka.

Antara ciri-ciri kanak-kanak Sindrom Down ialah :
• Otak lebih kecil daripada biasa iaitu 1 – 1.2 kg.
Dibandingkan dengan 1.35kg (perempuan) dan 1.45kg(lelaki)
• Dagu atas dan bawah yang kecil menyebabkan lidah kelihatan terlalu
besar dan sebutan yang kurang jelas.
• Jari tangan dan kaki pendek dan terdapat kedutan yang jelas pada tapak tangan dan kaki.
• Tisu-tisu kulit dan paru-paru nipis dan mereka mudah dijangkiti demam selsema dan penyakit seperti leukemia.
• Menghadapi masalah pendengaran, penyakit jantung, usus, mata (selaput), kesempitan tulang belakang di bahagian leher.
• Dari segi sosial, mereka biasanya adalah kanak-kanak periang dan mudah mesra. Ini adalah sifat keistimewaan mereka.

Kecerdasan otak merosot dengan masa dan 95% daripada mereka mempunyai IQ bawah 50 (normal 80 – 120). Hanya 5 % Berjaya membaca. Kebanyakan mereka mempunyai personality peramah tetapi ada di antara mereka yang ganas dan hyperaktif.




Hyperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme system saraf pusat. Walaupun faktor genetik, infeksi atau kerosakan pada otak sering dikaitkan sebagai punca penyakit ini, factor-faktor seperti masalah di rumah, toksin (keracunan), kekurangan zat makanan dan alahan kepada makanan dan kimia mungkin lebih berpengaruh lagi.
Antara ciri-ciri kanak-kanak Hyperaktif atau ADD (Attention Deficit Disoder) ialah:
 Suka menjerit
 Resah
 Kurang tidur / sukar untuk tidur
 Tidak suka dibelai
 Menghentak-hentakkan kepala atau marah tidak menentu
 Gopoh
 Tidak suka duduk diam
 Tingkahlaku merosak
 Agresif
 Tidak dapat menumpukan perhatian pada sesuatu
 Suka mengulangi perkataan yang diucapkan dan bercakap kuat
 Suka mengasingkan diri
 Gagal dalam bidang yang diceburi walaupun mempunyai IQ yang tinggi
 Tiada selera makan
 Lemah koordinasi
 Suka member kerjasama
 Jiwa tertekan / depresi
 Sensitif terhadap bau-bauan, cahaya, bunyi, panas dan sejuk


Autisma ialah keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah
yang tidak menentu. Tanda-tanda awal autisma menampakkan kesannya dalam masa kanak-kanak itu meningkat umur antara dua setengah tahun (30 bulan) hingga 3 tahun (36 bulan). Nisbah kanak-kanak autism lelaki dengan kanak-kanak perempuan ialah 4 lelaki : 1 perempuan. Antara 3 hingga 5 kes terjadi dalam setiap 5,000 kanak-kanak peringkat persekolahan di seluruh dunia.

Antara ciri-ciri Autisma ialah :
 Boleh mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak
 Bercakap tidak putus-putus mengenai sesuatu objek
 Boleh melihat tetapi tidak mengerti apa yang dilihat
 Perkataan yang diulangkan berkali-kali
 Suka elak pertentangan mata
 Memegang tangan orang dewasa untuk memberi arahan
 Ketawa dengan tiba-tiba
 Menunjuk dengan jari apa yang dihajati
 Menangis dan marah tanpa sebab
 Berkelakuan aneh
 Tidak mahu bermesra / didakap
 Tidak mahu perbezaan dalam hidup seharian
 Kepayahan menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain
 Bermain permainan yang luat biasa
 Tingkahlaku aktif yang ketrlaluan atau sebaliknya
 Perasaan sayang yang keterlaluan pada sesuatu objek
 Tidak mengenali bahaya
 Tidak dapat merasai kesakitan
 Suka meniru perkataan orang lain
 Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal
 Tidak mahu menerima pelajaran biasa
 Suka memutar barang







Untuk mengetahui tahap dB seseorang, ujian audiometric perlu dilakukan. Bagaimanapun, bagi sekolah-sekolah yang tidak dilengkapkan dengan peralatan tersebut, di bawah ini dinyatakan ciri-ciri untuk dijadikan panduan.

 Kehilangan Pendengaran 20-35 dB
Murid-murid mengalami kesulitan mendengar percakapan yang kurang jelas atau jauh dan memerlukan alat bantu dengar.

 Kehilangan Pendengaran 36-60 dB
Murid memahami percakapan pada jarak 3 hingga 5 kaki dengan muka berhadap. Mungkin terlepas mendengar 50% daripada perbincangan dala kelas jika suara perlahan atau tidak menghala pada pandangannya. Perbualan dengan suara yang kuat. Kebiasaannya mereka memerlukan alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan bahasa.

 Kehilangan Pendengaran 61-90 dB
Murid mungkin mendengar suara yang terlalu kuat pada jarak 1 kaki dari telinga. Dapat membezakan bunyi vocal tetapi tidak pada konsonan. Amat memerlukan alat bantu dengar dan latihan pendengaran, pertuturan dan bahasa serta pengkaedahan pendidikan yang berbeza.

 Kehilangan Pendengaran 91 dB ke atas
Murid sedar akan kehadiran bunyi melalui getaran. Bergantung lebih kepada penglihatan. Amat memerlukan alat bantu dengar danlatihan pendengaran, pertuturan, bahasa serta pengkaedahan pendidikan yang berbeza.

Sunday, March 14, 2010

maklumat ppki smktarp

Pelajar-pelajar ppki SMKTARP ni terdiri dari pelbagai golongan

keputusan spm

keputusan spm smktarp

maklumat PPKI

Maklumat tentang Down Sindrom