
Murid-murid terencat akal ialah murid-murid yang inteleknya berfungsi di bawah tahap murid normal. Keadaan ini juga wujud bersama-sama dengan kelemahan tingkahlaku adaptif murid tersebut iaitu kemahiran berkomunikasi, mengurus diri, social dan psikomotor yang dapat dilihat dalam proses perkembangan mereka.
Fungsi intelek biasanya diuji melalui kecerdasan (IQ Test). Di Amerika Syarikat, kanak-kanak terencat akal adalah kanak-kanak yang pencapaian ujian kecerdasannya di bawah 70.
Di antara sebab-sebab seorang kanak-kanak boleh mendapat terencat akal ialah:
Genetik
Masalah metabolik / hormon
Janin diserang kuman
Janin diserang toksin/racun, dadah, arak
Masalah pembentukan otak – Malformation of the Central Nervous System
Cedera otak semasa bersalin
Radang otak – Meningitis, encephalitis
Kemalangan / dera kanak-kanak
Dilahirkan sebelum cukup bulan
Ciri-ciri yang jelas tentang kanak-kanak ini dapat dilihat dari segi perbezaan tahap mental murid dengan umur mereka. Lebih teruk keterencatan akal mereka maka lebih rendah tahap kematangan yang ditunjukkan berbanding dengan umur sebenar kanak-kanak.
PERKEMBANGAN LEWAT
Murid-murid ini pencapaian ujian kecerdasan mereka lebih sedikit daripada murid-murid terencat akal tetapi jika dibandingkan dengan murid sederhana tahap kecerdasannya agak lambat dalam memahami konsep-konsep baru. Istilah ini juga biasanya dimaksudkan sebagai tingkahlaku / motivasi lemah.
Kanak-kanak normal mempunyai 23 pasang kromosam yang berpadanan dalam setiap sel. Kanak-kanak Sindrom Down sebaliknya mempunyai kromosam tambahan ke-21. Diagnosis Sindrom Down biasanya dilakukan sebaik selepas mereka dilahirkan yang selalunya dikaitkan dengan wajah mereka.
Antara ciri-ciri kanak-kanak Sindrom Down ialah :
• Otak lebih kecil daripada biasa iaitu 1 – 1.2 kg.
Dibandingkan dengan 1.35kg (perempuan) dan 1.45kg(lelaki)
• Dagu atas dan bawah yang kecil menyebabkan lidah kelihatan terlalu
besar dan sebutan yang kurang jelas.
• Jari tangan dan kaki pendek dan terdapat kedutan yang jelas pada tapak tangan dan kaki.
• Tisu-tisu kulit dan paru-paru nipis dan mereka mudah dijangkiti demam selsema dan penyakit seperti leukemia.
• Menghadapi masalah pendengaran, penyakit jantung, usus, mata (selaput), kesempitan tulang belakang di bahagian leher.
• Dari segi sosial, mereka biasanya adalah kanak-kanak periang dan mudah mesra. Ini adalah sifat keistimewaan mereka.
Kecerdasan otak merosot dengan masa dan 95% daripada mereka mempunyai IQ bawah 50 (normal 80 – 120). Hanya 5 % Berjaya membaca. Kebanyakan mereka mempunyai personality peramah tetapi ada di antara mereka yang ganas dan hyperaktif.
Hyperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme system saraf pusat. Walaupun faktor genetik, infeksi atau kerosakan pada otak sering dikaitkan sebagai punca penyakit ini, factor-faktor seperti masalah di rumah, toksin (keracunan), kekurangan zat makanan dan alahan kepada makanan dan kimia mungkin lebih berpengaruh lagi.
Antara ciri-ciri kanak-kanak Hyperaktif atau ADD (Attention Deficit Disoder) ialah:
Suka menjerit
Resah
Kurang tidur / sukar untuk tidur
Tidak suka dibelai
Menghentak-hentakkan kepala atau marah tidak menentu
Gopoh
Tidak suka duduk diam
Tingkahlaku merosak
Agresif
Tidak dapat menumpukan perhatian pada sesuatu
Suka mengulangi perkataan yang diucapkan dan bercakap kuat
Suka mengasingkan diri
Gagal dalam bidang yang diceburi walaupun mempunyai IQ yang tinggi
Tiada selera makan
Lemah koordinasi
Suka member kerjasama
Jiwa tertekan / depresi
Sensitif terhadap bau-bauan, cahaya, bunyi, panas dan sejuk
Autisma ialah keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah
yang tidak menentu. Tanda-tanda awal autisma menampakkan kesannya dalam masa kanak-kanak itu meningkat umur antara dua setengah tahun (30 bulan) hingga 3 tahun (36 bulan). Nisbah kanak-kanak autism lelaki dengan kanak-kanak perempuan ialah 4 lelaki : 1 perempuan. Antara 3 hingga 5 kes terjadi dalam setiap 5,000 kanak-kanak peringkat persekolahan di seluruh dunia.
Antara ciri-ciri Autisma ialah :
Boleh mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak
Bercakap tidak putus-putus mengenai sesuatu objek
Boleh melihat tetapi tidak mengerti apa yang dilihat
Perkataan yang diulangkan berkali-kali
Suka elak pertentangan mata
Memegang tangan orang dewasa untuk memberi arahan
Ketawa dengan tiba-tiba
Menunjuk dengan jari apa yang dihajati
Menangis dan marah tanpa sebab
Berkelakuan aneh
Tidak mahu bermesra / didakap
Tidak mahu perbezaan dalam hidup seharian
Kepayahan menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain
Bermain permainan yang luat biasa
Tingkahlaku aktif yang ketrlaluan atau sebaliknya
Perasaan sayang yang keterlaluan pada sesuatu objek
Tidak mengenali bahaya
Tidak dapat merasai kesakitan
Suka meniru perkataan orang lain
Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal
Tidak mahu menerima pelajaran biasa
Suka memutar barang
Untuk mengetahui tahap dB seseorang, ujian audiometric perlu dilakukan. Bagaimanapun, bagi sekolah-sekolah yang tidak dilengkapkan dengan peralatan tersebut, di bawah ini dinyatakan ciri-ciri untuk dijadikan panduan.
Kehilangan Pendengaran 20-35 dB
Murid-murid mengalami kesulitan mendengar percakapan yang kurang jelas atau jauh dan memerlukan alat bantu dengar.
Kehilangan Pendengaran 36-60 dB
Murid memahami percakapan pada jarak 3 hingga 5 kaki dengan muka berhadap. Mungkin terlepas mendengar 50% daripada perbincangan dala kelas jika suara perlahan atau tidak menghala pada pandangannya. Perbualan dengan suara yang kuat. Kebiasaannya mereka memerlukan alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan bahasa.
Kehilangan Pendengaran 61-90 dB
Murid mungkin mendengar suara yang terlalu kuat pada jarak 1 kaki dari telinga. Dapat membezakan bunyi vocal tetapi tidak pada konsonan. Amat memerlukan alat bantu dengar dan latihan pendengaran, pertuturan dan bahasa serta pengkaedahan pendidikan yang berbeza.
Kehilangan Pendengaran 91 dB ke atas
Murid sedar akan kehadiran bunyi melalui getaran. Bergantung lebih kepada penglihatan. Amat memerlukan alat bantu dengar danlatihan pendengaran, pertuturan, bahasa serta pengkaedahan pendidikan yang berbeza.
Kuala Lumpur Time
